01 June 2017

Ramadhan.

ramadhan tiba, ramadhan tiba. marhaban ya ramadhan marhaban ya ramadhan =D

1st Ramadhan.
seghonok nya bila ramadhan tiba. ya, aku still melepek terbaring terbongkang sebab morning sickness sayang sangat kat aku sampai tanak keluar dari badan ni. matilanakk. kononnya puasa pertama dapat lah puasa. bangun sahur bukan main semangat. tak sampai bape minit lepas imsak, keluar segala benda yang telan masa sahur tu. mama nasihat puasa tak wajib bagi ibu mengandung atau menyusukan anak. so, kiranya ku dikecualikan lah. yahuuu ! jangan yahuu sangat, nanti kena ganti sebulan ! hew.

7 Ramadhan.
alhamdulillah. aku semakin pulih. muntah tak sekerap dulu. kadang tak muntah langsung sehari tu, cuma rasa mual je, tu normal la kan. sentiasa rasa lapar. so kena kerap makan tapi dalam portion yang sedikit. buat ada-ada jela. husband belikan itu ini nak bagi aku selera makan. apa yang aku ngidam semua dia tunaikan. ibu mertua and mama aku sendiri masakkan itu ini supaya baby tak ngencis bila keluar nanti. huhu.

Baju Ghaye Please!
alhamdulillah, dah sihat sikit ni. dah boleh menapak ke office, dah boleh merayap sana sini, barulah semangat nak cari baju raya! haha. husband pulak sebok beli barang baby. awal lagi sayang oi. excited beno.

3 Month.
so hari ni genaplah usia kandungan 3 bulan. next week appoinment buat buku merah kat klinik kesihatan. so nanti aku update macam mana nak buat buku merah tu okay? okay, nak survey baju ghaye lagi ni. bye! =D

morning sikcness.

condition getting worse and worse and worse....

Fell Bad.
for this time memang tak boleh nak buat apa lagi dah. terbaring dan redha dengan diri sendiri. 1st and 2nd time preegy dulu tu aku tak alami apa-apa morning sickness pun. malah tak berhenti makan itu ini. memang tak boleh langsung tak makan egg tart. hari-hari aku makan tu. sehari aku boleh makan sampai 6-10 biji egg tart. ha dasyat tak? husband yang mabuk teruk sampai nak ke bilik air pun bole mengesot sebab tak larat sangat. 

My Turn.
Now its my turn pulak hadap macam mana rasa mabuk tu. seriously, rasa macam dah takde nyawa wei. aku berkurung dalam rumah. sebutir nasi pun tak boleh telan. baring tidur then bangun just untuk lari ke sinki muntah jela. segala bau masakan lagi aku benci gila. rasa macam nak tutup idung ni terus. aku telan ape pun semuanya keluar balik. MC jela memanjang. nasib bos and officemate semua understanding gila. 

Sakit.
muka aku pucat lesi macam takde darah. nak keluar ke mana pun standby beg plastik kt dalam beg. minyak angin, minyak kapak, minyak yuyi cap limau, segala minyak lah memang sentiasa kat tangan. husband selalu usap perut tiap kali aku menangis tak dapat nak tidur malam sambil bisik kat perut..

'' Adik..duduk dalam perut ibu diam-diam. kesian ibu sakit''

then barulah aku boleh lelap. sepanjang morning sikcnes tu aku tak mampu buat ape pun. untungnya dapat husband yang ringan tangan. memasak, basuh baju, sidai baju, kemas rumah. from A to Z semua husband yang buat. bila aku tak dapat tidur malam, husband pun berjaga jugak. usaha kan itu ini supaya aku selesa dapat tidur. 

Thankyou Husband.
terharu sangat bila tengok effort husband. alhamdulillah. terima kasih ya allah. kau berikan zuriat pada kami, kau kurniakan husband yang terbaik buatku. sesungguhnya aku wanita yang paling bahagia dengan segala takdir yang telah allah swt susunkan. 


''Abi, terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik. iloveyou!''

alhamdulillah.

alhamdulillah syukur kehadrat illahi. rezeki allah yang tak disangka. terima kasih ya allah.

1 may 2017 
seghonok betul bila dapat cuti balik kampung tapi yang tak best nya sepanjang cuti tu aku cujma terbaring melepek je dalam bilik. sebab badan weak gila. makan sikit muntah nya ya rabbi, rasa macam dah hujung nyawa. cuba gagahkan jugak badan ni tapi hampeh. kepala aku berpusing mengalahkan roller coaster. rasa macam nak hantuk kepala kat dinding ataupun ketuk batu bata kat kepala bertubi-tubi tanpa henti. seriously, memang rasa macam nak menangis je sebab rasa diri ni dah tak normal.

8:30 pm 
malam tu we decided nak balik rumah. so sepanjang jalan dari kampung ke rumah rasa macam dari terengganu nak ke jb. allahu. lambat lagi ke sampai? nyawa dah tinggal 10% je lagi ni. husband ajak pergi klinik, checkup. aku pun follow jela sebab aku pun dah tak boleh tahan dah rasanya. so sampai je dekat klinik rosiyati tu, aku pun menapak la masuk. mujur takde pesakit lain. rezeki aku agaknya, takdelah tunggu lama sangat. 

Klinik Rosiyati
aku and husband memang tak expect ape pun, kami memang confident gila yang aku ni dah terkena poison food. takut nak mengharap lagi after 2 times keguguran tu kami memang redha jela dengan apa pun rezeki yang allah nak bagi. so sedapkan hati tanak letak harapan terlalu tinggi takut kecewa nanti. tiba turn aku masuk jumpa doctor. husband tunggu kat luar, katanya nak smoke sepam dua. 

Dr : okay apa masalah sakit awak?
Aku : saya keracunan makanan ni dr.
Dr : macam mana awak tahu boleh keracunan makanan?
Aku : saya pening muntah-muntah dah 2 minggu straight dah ni. lepas saya makan laksa hari tu.
Dr : sapa yang jadi Dr ni, saya ke awak?
Aku : Dr la Dr. hehe
Dr : okay awak dah kahwin?
Aku : dah Dr.
Dr : okay kita buat ujian Upt dulu. 

15 Minit berlalu
after aku bagi urine tu kat doctor. doctor senyum sambil tunjuk result upt positive 2 line tu. betul ke ni????? then doctor tanya aku bila last datang period then doctor informed usia kandungan aku dah 2 bulan. aku still dengan muka blur and terkejut lagi. lepas keluar bilik rawatan tu. ambil ubat then keluar klinik. aku terus bagi sign jari kat perut sambil lips sync kat husband dari jauh. 

'' ADA BABY DALAM PERUT NI!''

husband pun macam tak percaya plus excited gila. terus pegi farmasi beli upt lagi sebab tak puas hati nak tengok sendiri. sampai je kat rumah, aku terus try buat upt. keluar bilik air sambil lari-lari anak sebab tak sabar nak tunjuk kat husband result upt tu.

''ABI, KITA ADA BABY!''
''ALHAMDULILLAH!!!''

allahu. sesungguhnya kau yang maha pemurah lagi maha penyayang ya allah. terima kasih kurniakan kami rezeki yang tak ternilai harganya. membesar dengan sihat ya sayang :') papa and ibu love you much !

17 February 2017

balik kampung lagi pleaseeeeeeee !


tak puasnya balik kampung dua hari ni :( just so lucky lah sekampung dgn shuben. so tak payahlah nak rushing2 kan. 10 minit je dah sampai ruma mama papa dari ruma mak abah. but still tak puas! :'(
next week please balik kampung lagi ! 

02 December 2016

jodoh itu rahsia allah



who knows we're in the same school before. tapi tak pernah bertegur sapa walau pernah terserempak entah berapa juta kali. siapa sangka lelaki yang perform main gitar atas stage masa hari guru is him. siapa sangka lelaki yang selalu lepak di kaki lima lorong-lorong di sekolah is him. siapa sangka kan allah dah atur cantik-cantik molek-molek perjalanan hidup kita and we just follow the flows.

after a few years allah find us back (onyly via FB ). after 9 months we became fiancee and after next 9 months we ijab qabul. time flies so fast. allah tahu apa yang terbaik for us and we're very grateful. allah kurniakan seorang husband yang so perfect for me. 

rasa cair hati ni bila husband kejutkan bangun subuh. rasa luluh jantung ni bila husband selalu ingatkan tiap waktu ''ayg dah sembahyang?''. rasa hilang segala penat bila sekali sekala husband tolong kemaskan rumah, masakkan lauk, basuh dan sidaikan baju. rasa hilang segala tekanan bila husband urutkan badan bila ai mengadu ''hari ni banyak sangat kerja sampai tak sempat nak rehat'' rasa terharu bila husband masakkan air panas letakkan garam sambil rendamkan kaki ai bila ai mengeluh ''this week banyak sangat lawatan sampai tak sempat nak duduk pun''. his my husband.

who knows lelaki yang kepalanya gila dan suke melayan wife yang lagi gila than him, totally changed now. he more loving and caring. dah jadi husband mestilah perangai berubah kan and soon jadi ayah pulak. amin ya rabb inshaallah. mohon semua doa yang baik-baik.

#jajazaharin
#officialhusbandandwife











14 October 2016

throwback solemnization.

Diam tak diam sebulan dah hakak jadi bini Pak Maon kesayangan ni. heww. throwback sikit (baru dapat album) kah!

senyum pak maon kesayangan hakak sampai ke telinga dalam hati drum berterabur bergendang tak tahu. hahah.

ha sama la dengan hakak ni haha.

steady bro ! sekali lafaz yeahhh !

hakak jeling ada makna tu ~~

menitik-nitik air mata hakak dengar pak maon lafaz taklik. tup tup bunyi dia. banjir ~~

tang hakak lafaz taklik lagi ribut petir banjir tsunami airmata hakak deknon ! huwaa ~~

alhamdulillah. setteld bro setteld !

pak maon steady !

nah tangan ! haha

hamboii pak maon ! tadi depan camera bukan main steady. ni terkial-kial pulak dah.

terima kasih suamiku! shuben tersayang. auwmm! 

jelingan hakak auwmm.

 
laki bini steady ! rock bro ~~

jadi isteri yang chomel dan baik hati tau ayg. ececehh!

rock bro rock !

yeahhh pak maon berjaya menambat hati hakak !

love you shuben ! 

officially shuben and wife !

pak maon gerammm.

hakak tak layan !

yeayyy surat nikah sementara !


totally mine !


hakak tido dulu. haha

jarang pak maon dengan bini romantik.

mata hakak cantik kn? haha

thankyou sponsored contact lens anak buahku ! muahhh!


Pak Maon : sakit leher abi pandang bawah tau ayg. 
Hakak : untung tau dapat bini pendek tapi chomel !






hakak buat hal, pak maon siku !




okay photoshoot habis, hakak masuk bilik dulu. pak maon tunggu tu ! haha



22 September 2016

Best tak kahwin??


Berdebar hati bila tok kadi sebut "aku nikahkan dikau muhammad zaharin bin mohd zaini dengan siti khatijah binti buang dengan mas kahwin sebanyak rm100 tunai''. lagi bagai nak pecah jantung berdegup bila suami dengan sekali lafaz sebut ''aku terima nikah siti khatijah binti buang dengan mas kahwin rm100 tunai. SAH!!!

Alhamdulillah....

Bila sesi lafaz taklik bermula, menitik air mata banjir sedu sedan sayu je lafaz. sekelip mata, bagaikan mimpi sudah jadi isteri orang. kini beralih lah tanggungjawab sebagai seorang isteri. terima kasih ya allah, kau permudahkan segala apa yang dirancang dan berjalan lancar.

Suasana sayu bertukar gelak ketawa, suami bersyukur akhirnya bini gonjol ni sah menjadi isterinya. hahaha. rock tetap rock kapak beb laki bini. haihh. susah nak pulih kalau dua-dua memang kepala gonjol kaki redah. dari orang asing bagai alien di sekolah, sehingga menjadi sahabat untuk 3 hari, bertukar menjadi boyfriend girlfriend untuk 9 bulan, dan seterusnya menjadi tunangan untuk 9 bulan lagi dan akhirnya sah menjadi suami isteri untuk selamanya hingga ke jannah, inshaallah, amin ya rabb !

Best tak kahwin? gila tak best?! BESTTTTTTT WEIIII ! its time to collect pahala! bila dah sah, kau senyum dekat laki kau bila bangun pagi dengan muka busuk, tahi gigi melekat berkarat kat gigi, sengih sampai pipi pun dapat pahala, apetah lagi kau pakaikan butang baju melayu laki kau bila dia sibuk tanya ''butang baju abg mana jahh??'' kau ghase?? heaven nokk.

Bermula lah hidup suami isteri. susah senang bersama, pahit getir jangan dijaja cerita, sentiasa tabah hadapi semua, apa yang penting kerjasama! yang kurang ditambah, yang teruk diperbaiki, yang buruk dicantikkan, yang jahil saling pelajari. hidup asam garam rumah tangga, sama-sama pertahankan hingga hujung nyawa.

Tanggungjawab semakin berat. suami isteri perlu kuat angkat. supaya jatuh terduduk masih kuat berdiri tegap. suami perlu kerja lebih keras, demi keselesaan bersama. isteri perlu niat ikhlaskan diri saling membantu agar berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bak pepatah melayu. 

Ya allah, berkatilah hubungan yang halal ini. panjangkan jodoh hingga ke syurga. murahkan rezeki dengan usaha yang diberkati. permudahkan segala urusan. kuatkan semangat dan hati agar terus menjadi suami isteri yang soleh solehah, agar menjadi suami isteri yang penyabar menghalau godaan syaitan nirojim. Inshaallah, amin ya rabb!

#Pakmaonmakminahbigday
#090916
#jajayinkahwinhoii





Ramadhan.

ramadhan tiba, ramadhan tiba. marhaban ya ramadhan marhaban ya ramadhan =D 1st Ramadhan. seghonok nya bila ramadhan tiba. ya, aku still m...