11 May 2014

Buang Jauh-Jauh Rasa Jahanam Itu ...

marah..
perlu kau rasa marah tanpa sebab?
mungkin tidak.
apatah lagi jika bersebab
perlu kau marah jika ianya betul-betul bersebab?
haa itu harus !

marah aku bersebab.
bukan suka-suka
bukan saja-saja
bukan mengada-ngada

bezanya mungkin cara kita melepaskan rasa marah itu
atau kau lebih suka rela dan dengan senang hati
terus memendam rasa marah itu ?

jika kau rela
sampai bila kau mampu memendam rasa itu?
setahun? dua tahun? tiga tahun ? atau selamanya?
mungkin hanya mampu bertahan 8jam waktu bekerja
atau mungkin lebih itupun jika kau overtime

bekerja selama 8jam dengan penuh rasa marah
itu tidak bagus dan aku tidak sarankan sama sekali
baik-baik kau melangkah keluar rumah
berniat untuk ikhlas bekerja
dan dengan tiba-tiba rasa itu datang
segalanya jadi jahanam

ikhlas kau hilang
tanggungjawab kau entah kemana
diri kau kaku
otak kau beku
akhirnya kau mati kejung




Ramadhan.

ramadhan tiba, ramadhan tiba. marhaban ya ramadhan marhaban ya ramadhan =D 1st Ramadhan. seghonok nya bila ramadhan tiba. ya, aku still m...