24 August 2014

Itu Bukan Jodoh

ini jodoh bodoh
bukan alat kawalan jauh
kau boleh mengusul sejuta rancangan
senaraikannya berjela-jela hingga jadi
tebal, sebal, bebal
tapi yang meluluskan struktur pelan ; Dia
kau boleh cemburu membabi buta
dan tanam cip mikro dalam kepala otaknya
tapi kemudian aku tanya
kepala otak siapa yang rosak sebenarnya?
yang digarikan itu tangan
yang dicincinkan itu jari
dan bukan nyawa
bukan hati

klinik nor arasiah.

Nervous. Disebabkan confused nak pilih barang baby so nak tak nak kena tahu jugak gender baby, so senang lah after this nak beli barang bab...