06 July 2015

SIAL

kalau kau tanya tentang
apa yang paling pantang dalam hidup?
jangan cuba mengungkit satu pun perkara bodoh
ianya tidak mendatangkan hasil
malah mendatangkan kesan perasaan benci berkecamuk
menelusuk terus ke hujung hati mati
eh kesialan apakah ini?!

AKU

dulu susuk tubuh seksi kau
dipandang penuh nafsu berahi
dipandang tanpa segan silu
jijik rasanya waktu dulu

hati kau yang telah hitam
seperti tiada ruang keinsafan
dipenuhi dosa silam

sekarang tubuh kau ditutupi dengan sempurna
dipandang penuh penghormatan
dipandang dengan keikhlasan

kau yang dimaksudkan aku..





05 July 2015

.

well, people change.

aku, dia dan tuhan

terima kasih tuhan sedarkan aku
tentang betapa jauhnya langkah kaki ini menyimpang
semakin jauh sesat hilang entah kemana
semakin aku buntu dalam menakluk dunia

jika hadirnya dia sebagai petunjuk hidayahmu
aku terima dengan dengan hati terbuka
jika hadirnya sebagai kifarah atas dosa lalu
aku terima dengan redha dan pasrah

dalam terlalu mengejar apa yang aku impikan
masih ada orang yang memimpin aku
membawa pulang kejalanmu
mengingatkan aku tentang jahatnya masa lalu
mengajar aku tentang bersyukur atas segala nikmat mu

ampunkan aku tuhan
dari sekecil dosa kuman
sehingga sebesar dosa hambamu yang lemah longlai..

Biar

kalau boleh aku kunci kan
semua kisah lapuk berhabuk
dalam peti besi itu
biar kunci aku campak ke dasar laut
biar tenggelam dibalik lumpur
biar hilang
hilang terus

biar peti besi jadi besi
biar semua kisah tidak diungkit lagi
biar terkubur begitu
biar kisah itu mati
mati terus




15 June 2015

talkactive nya awak? :')

well, you know? sometime penat nak melayan dengan certain person yang agak kepochi ni. maybe dah takde keje sangat nak buat, sampai terlalu baik hati dan dengan rela hati malah beriya-iya nak tolong jaga tepi kain aku ni, tepi kain kau pun dah koyak rabak dah cik kak oii. pi lah jahit sana :')

jenis aku memang malas nak melayan geng kepochi macam cik kak tu. takkan aku nak letakkan diri aku dalam golongan macam dia. habis jatuh la standard aku nanti. geng kepochi low class macam dia memang layak letak atas lantai buat alas kaki je. heh.

kelakar bila fikir balik. bukan jenis aku la nak ambil tahu hal orang. lantak situ. tapi pelik kadang dengan orang dalam golongan macam tu. ah bukan pelik. benda tu dah jadi normal dah. people nowadays kadang lebih ambil berat tentang hal orang lain dari luar sampai dalam kain daripada nak ambil berat tentang hal diri dia sendiri. kelakar kan?

makin aku senyap, makin menjadi kau melalak update status kau ye? aku perhatikan je :) kalau berani face to face la. tapi tulah masalahnya. setakat tahu short name aku je, nama penuh aku pun cik kak tu taktau. macam mana boleh cakap tahu tentang hal aku pulak? kau kenal aku sangat ke cik kak oii?

masalah yang kau kecohkan sangat tu soal aku dengan 'dia' tau. yang takde kena mengena langsung dengan life kau. aku yang break off, kau yang panas? eh apehal? #jarangkakakmarahtauawak

nah, hasil kebiadapan awak cik kak. telahpun saya blocking semua social network yang link dengan cik kak. puas hati. if still jugak nak ambil tahu tentang aku? nah, baca sini. baca sepuasnya ya? :p

04 June 2015

will you marry me?

kahwin?

kawan-kawan semua dah kahwin. ada yang dah bertunang. malah ada yang nak masuk anak ke-2. aku? apa ada? anak tekak ada lah. haha. biarlah. mungkin jodoh mereka sudah sampai. alhamdulillah. aku hanya mampu mendoakan dari jauh untuk kebahagiaan mereka. amin ya rabb :')

abang and kakak pun sibuk jugak tanya. 'eh dik, kau bila nak kahwin? nak jadi andartu?' dorang memang tak penat tanya soalan yang sama tiap kali berkumpul time raya. makcik dan pakcik sedara mara jangan ditanya. soalan sama jugak depa shoot aku. macam machine gun. 'eh rileks la. muda lagi ni.' sambil ketawa hambar. jangan expect jawapan aku bertukar tiap kali ditanya. jangan harap! memang itu jawapannya tiap tahun.

people nowadays makin advanced. perempuan and lelaki sama-sama berebut nak duduk tempat pertama. nak show off konon kerjaya siapa paling hebat. eh ni bukan soal sapa paling hebat. dengan ekonomi sekarang ni. issue GST yang belum habis-habis lagi. duit keluar macam air paip. seram pun ada bila dengar.

aku? sometime nervous bila memikirkan soal kahwin. im not ready yett actually. issue poligami lagi la. lagi seram mak dengar nokk. aku masih rasa semuanya belum mencukupi. bukan tak bersyukur dengan rezeki tuhan. sometime teringin nak ada asset sendiri. yang terhasil dari titik peluh sendiri. dengan usaha sedaya upaya sendiri. semuanya aku nak lakukan sendiri. pengalaman mengajar kita untuk jadi lebih dewasa :')

kerjaya? sampai bila nak berada di takuk lama? sampai bila nak jadi kuli? teringin jugak nak jadi boss. amboihh tinggi angan-angan. haha. takpe dik. angan-angan jadi impian, impian jadi cita-cita. ye dak? selama masih muda ni, biarlah aku kumpul pengalaman kerja ni selagi mampu. still banyak lagi benda kena belajar. biar susah sekarang then senang kemudian. biar tak di bodoh-bodoh kan orang kelak. mana tahu satu hari nanti impian jadi kenyataan. who knows? right? amin ya rabb !

teringin nak beli rumah sendiri. deco sendiri. that time takde sapa nak marah. aku nak cat rumah colour apa. deco macam mana. lanskap macam mana punya style pun takdak sapa nak complain dah. amboih berangan. hehe. in sha allah. semoga segala usaha dan doa dimakbulkan tuhan.

perempuan selalu fikir jauh. bukan apa, biar fikir buruk and prepared first. at least no matter what pun kita dah ready. dah sedia nak hadap risiko tu semua. biar kita usaha nak kumpul asset sendiri. takde lah orang nak mengungkit. takde dah orang nak merendahkan kita.

mentality people nowadays lebih pandang harta benda and rupa. tak semua la, i mean certain. sometime  rasa diri ni kerdil sangat. takpelah, belum rezeki. in sha allah. kena kerja kuat sikit. focus pada kerja. cuba capai apa yang diimpikan. amin ya rabb.

soal kahwin, 3@4 tahun lagi aku bagi kad kahwin ey? dengan siapa? tunggu lah jodoh tuhan bagi nanti. suprised ! :')



03 June 2015

bukan perempuan baik-baik.

hidup kadang complicated. kadang aku pun rasa diri aku complicated. eh tak, kawan baik kata aku tak complicated cuma predictable katanya. hidup pun kadang predictable jugak. susah nak diramalkan kadang.

banyak yang susah sebenarnya dalam hidup aku. banyak nak mampos. benda yang orang fikir cuma ada dalam drama-drama bangang di kaca tv. tapi kena kuat. kuat sehabis mungkin. sampai tinggal titisan keringat terakhir pun aku masih perlu berjuang untuk bernafas. berjuang untuk hadap setiap kesusahan aku.

orang kata ukur baju dibadan sendiri. aku sendiri yang nak pakai? kenapa perlu ukur dibadan orang? biar renyuk teruk, biar fesyen tu tidak lagi diguna pakai. berabad zaman punya baju. ukurlah, pakailah di badan sendiri. baru aku tahu erti menghargai.

aku jenis bukan yang punya ramai kawan. boleh dikira pakai 10 jari runcing ni. bukan memilih. entah. kadang orang salah tafsir. jenis aku kalau rasa kau nak kawan, terima buruk baik aku. bukan hati tisu nak aku jaga hati kau sebaik mungkin. habis hati aku? walau kadang keras aku macam batu. tapi still bole tolerate. walau aku kadang jenis tak kisah, terima apa saja tapi tak bermakna aku bodoh. lebih kepada menjaga relation.

aku pernah dilabel bukan perempuan baik-baik. aku tak pernah kisah apa mereka kata malah tak pernah tanya kenapa. ah manusia. tak pernah puas hati dengan orang sekeliling dia. masing-masing bersaing siapa lebih baik. aku tak pernah minta orang pandang aku perempuan yang baik-baik.

biarkan mereka berebutkan label itu. kalau semua mahu jadi perempuan baik-baik, siapa mahu jadi perempuan yang bukan baik-baik? aku lah !

hidup cuma ada dua pilihan. dipilih atau memilih. dipilih itu takdir. dah memang ditakdirkan jalan hidup kau. redha dan menerima. memilih itu keputusan apa yang kau mahu dalam hidup. dan lihat di penghujungnya. apa yang kau pilih itu baik atau teruk.

kau dan siapa saja punya hak. hak untuk menilai baik buruk aku. perempuan yang baik kah? perempuan yang jahatkah? terpulang. tapi sebelum kau teruskan menilai diri aku, ambil cermin lihat muka kau dalam-dalam. sampai ke hujung lubang pori. baikkah kau? atau burukkah? atau lebih teruk?

baik buruk aku hanya aku dan mereka yang sentiasa bersama melihat jatuh bangun aku sahaja yang tahu.

26 May 2015

dan by sheila on 7

dan..
dan bila esok datang kembali
seperti sedia kala  dimana kau bisa bercanda 

dan 
perlahan kau pun lupakan aku mimpi burukmu
dimana telah ku tancapkan duri tajam
kau pun menangis menangis sedih

dan
bukan maksudku bukan inginku
melukaimu sedarkah kau disini ku pun terluka
melupakanmu menepikanmu
maafkan aku

lupakanlah saja diriku
bila itu bisa membuatmu
kembali bersinar dan berpijar
seperti dulu kala

caci maki saja diriku
bila itu bisa membuatmu
kembali bersinar dan berpijar seperti dulu kala

empty heart

have you ever felt your heart when you feel like there is something wrong? im feeling it now.

feeling empty. means nothing..

23 May 2015

its a fate :)

fate? okay kau percaya fate kau? yelah, jodoh hidup mati rezeki semua fate yang kita pun tak tahu kan? aku percaya sangat-sangat dengan fate aku. dah fate, nak buat macam mana. redha tu lagi baik. terima dengan ikhlas dan hati yang terbuka. aku redha lah if dah memang fate aku macam tu. maybe ada hikmah kenapa allah taala tu takdirkan macam tu.

kita semua akan mati. cuma tak tahu bila. kalau kita tahu bila tarikh kematian kita, maybe semua tak fikirkan hal dunia sekarang ni. betapa banyaknya kekhilafan kita. betapa terasa kerdil nya diri aku dekat dunia dan di mata allah. ada hikmah kenapa allah masih panjangkan umur kita, pinjam kan udaranya untuk kita terus menghirup dan menghembus nafas sebaik mungkin. itu kerana allah masih memberi kita peluang untuk kita pulang kejalannya.

terlalu sibukkan hal dunia. kadang kita terlepas pandang malah terlupa pada maha pencipta. kekhilafan manusia. terlalu leka dan mudah digoda. pendirian yang tidak tetap apatah lagi imannya, tapi tidak lah semua.

soal jodoh. biarlah allah yang tentukan segalanya. kadang selalu hati merungut, alangkah bagusnya andai kita mampu tahu siapa jodoh kita. tak perlu bersusah payah, sakit hati, dan segala rasa yang kita tak mahu langsung rasa, kalau bolehlaa. tapi siapa kita untuk meminta allah memakbulkan permintaan kita sedang permintaan allah yang senang tu pun kita selalu terlupa.

bercinta berpuluh tahun pun belum tentu dia jodoh kita. berjumpa sehari, tau-tau je dia jodoh kita. fate kan? mana kita nak tahu. bercinta setahun, putus ditengah jalan, 10 tahun kemudian berjumpa kembali, terus je kahwin ha. itu pun jodoh jugak.

so aku percaya. allah dah susun cantik-cantik, molek-molek jalan hidup kita. benci mana pun kita pada dia, kalau dah tertulis dia jodoh kita, dia tetap akan jadi jodoh kita. sayang macam manapun, sampai ke langit biru, tapi kalau allah kata dia bukan jodoh kita, dia tetap bukan kita punya. so, kena redha.

allah beri kita dugaan sebab allah tahu kita kuat dan mampu hadapi dugaan tu. kita kena jadi orang yang lebih banyak sabar dari marah. cuba untuk kawal hati dan diri kita sebaik mungkin.

allah pinjamkan rasa sayangnya pada kita. aku pun bukanlah seorang yang baik. tak ada manusia yang perfect dekat bumi allah ni. semua orang impikan pasangan yang perfect. awak tau tak? tu semua mimpi je. kita takkan mampu jumpa yang perfect. mostly akan dapat partner yang ada kekurangan, jadi kita yang akan melengkapi kekurangan itu. so, same-samelah saling melengkapi. kita pun bukanlah perfect kan.

mengenali dengan ramai jenis manusia, membuatkan aku lebih berhati-hati dalam memilih life partner. bak kata kak june ''jaja bukan lah seorang yang memilih pun tapi dia ni ibarat tapis air kopi sampai tinggal hampas je'' huu dasyatt statement kak june. macam dialog drama melayu petang-petang. ceyt.

yeah. aku bukanlah seorang yang choosy sangat pun. maybe sebab terlalu banyak sangat issue people nowadays like poligami, divorced or else. banyak sangat issue sekarang ni. aku tak blame lelaki. kadang perempuan pun ada buat hal jugak. well, zaman sekarang macam style fair & square.

aku pun sometime do mistake jugak dengan perangai aku yang degil and keras kepala sangat ni. well, aries kan and last sibling pulak tu. memang tak dan lah if im easy to surrender. siapa je yang boleh tahan dengan . perangai teruk aku ni. susah lelaki nak stay and go dengan perangai aku ni.

ego tu memanng top number lah. kalah lelaki punya ego. entah, aku pun taktau kenapa payah sangat nak buang rasa ego yang semak otak sangat ni. eleh, bukan susa. nak dengan taknak je kan. hm. bukan tanak actually, fobia pun ada jugak.

imagine lah, bukan sekali dua hati ni terobekk. cewahh. berkali-kali jugak lah. so im always remind my own self, beware with any guys. dalam peringkat umur aku macam ni and tambah pulak situation yang aku pernah hadap before this, aku lebih pegang prinsip ''if kau rasa nak stay, stay. if not, its okay''

no. bukan aku berlagak ke apa. you know? zaman sekarang, allah bagi cash. hari ni kita buat orang, esok kita dapat balasannya. like, what you give you'll get back. scary tau kalau dengar benda tu keluar dari mulut orang. macam sumpahan pun ada. tapi kadang orang tak faham kenapa kita buat macam tu.

semua orang ada reason why. sometime kita taktau nak describe and explain the real situation is. yelah, dalam keadaan celaru and stuck mind macam tu. kena pulak dengan orang yang memang tak reti nak explain macam aku ni ha. kadang bila kau try nak explain, orang selalu salah faham. walhal, ''i didnt mean it men!'' tapi nak buat macam mana kan.

eh aku macam lari tajuk sikit ea? lol.

......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................




okay aku sambung balik pasal fate tadi tu. soal rezeki pulak. kalau tak usaha, mana nak datang rezeki tu kan? tapi kadang tengok jugak usaha yang macam mana. ikhlas ke tidak. redha ke tidak. semua tu kita kena ambil kira. kadang kita berusaha bagai nak mati. kerja siang malam. study dari subuh sampai ke isya'. kalau allah kata tu bukan rezeki kita, maka bukan lah. sebab  tu kita kena banyak bersabar. in sha allah. rezeki tu ada. allah simpan banyak untuk kita. kena lebih banyak muhasabah diri and mintak petunjuk-Nya. amin.

so percaya lah pada takdir allah. allah tahu apa yang terbaik untuk kita :')









21 May 2015

my kek batik :) simple and delicious !


kau tahu ? sekarang aku ade habit yang pelik. asal stress je pegi dapur then aku bake lah something. like yesterday night. stress aku sampai tuptuptup craving pulak nak telan kek batik. aku pun standby bahan semua. so now aku share dgn korang okay?


1. BISKUT MARIE
       

2. BUTTER


3. SUSU PEKAT

 

4. MILO


firstly, pecahkan biskut marie .


pastu, aku masukkan butter cup sebijik tu ha.


slowkan api then biarkan dia cair.


after that masukkan susu pekat dalam setengah tin. depends la korang nak mnis macam mna kan.


then masukkan milo satu peket.



kacau sampai semua bahan tadi cair and sebati.


masukkan biskut yang pecah-pecahkan tadi. gaul sampai semua nya sebati.


masukkan sikit-sikit dalam loyang. then tekankan guna sudu. kena ganas sikit la ha. biar rata and penuh satu loyang tu. 


tadaa ! siap ! dah bole simpan dalam fridge. esok da bole ngap !
omnomnomnom ~




its about time.




sometime i need time for my own self. im just an ordinary girl. still learn about life. banyak masa lagi diperlukan untuk mengenali kehidupan dunia. sometime kita terleka. sampaikan lupa untuk diri sendiri. aku terlupa untuk diri aku sendiri. penat kadang. sometime pernah rasa give up and fedup untuk diri sendiri. otak bercelaru. terlalu banyak difikirkan sampai tak mampu nak buat pilihan apa yang patut didahulukan dulu. stuck.

hm. orang kata tak baik mengeluh. kadang kita mengeluh jugak dalam tidak sedar. hmm. rasa macam nak menjerit luahkan apa yang aku rasa. tapi boleh jamin ke lepas menjerit semua feeling boleh hilang? masalah boleh selesai? haih. mengeluh lagi. at least lega sikit la feeling tu dari berserabut tak tentu hala macam sekarang ni. haih. again.

allah bagi kita dugaan sebab allah tahu kita kuat and mampu hadapi semua dugaan tu tapi kadang aku rasa tak kuat ? :'( haih. sabar lah wahai hati. selama ni mampu hadapi dugaan tu sendiri. inshaallah for this time pun aku mampu. amin ya rabb. yang diperlukan sekarang hanya masa. aku tak mintak banyak. aku cuma mintak masa. berilah aku masa. masa untuk diri sendiri. masa untuk fikirkan semuanya dengan tenang dan waras.

im not perfect. nobody perfect. semua orang pernah buat mistake. big mistake, small mistake. semua tu normal and tak pernah lari dari hidup kita. so memaafkan dan meminta maaf itu lebih baik even kadang benda tu paling sakit but at least lega sikit kan? hm. ya allah, tetapkanlah hati ni. amin.

07 May 2015

cheesecake biscuit :)

assalammualaikum wbt.
hye everybody, okay i nak share cheesecake biscuit recipe. that time tekak gatal sangat nak telan cheesecake tu. then terus google ngendap-ngendap resipi paling easy and cepat nak ngap. nyummeh ! so sambil-sambil google tangan capai bahan-bahan yang diperlukan. senang nak carik bahan-bahan ni rupanya. i beli dekat giant sahaja. semua bahan lengkap and bahannya tak lah banyak pun. okay bahan-bahannya :


1. BISKUT 


untuk biskut i pilih cream cracker hup seng ni je. paling simple. tapi orang kata nak lagi sedap gunakan biskut cheese tu. that time malas dah nak meround satu giant tu ha. so capai jela apa yang sempat dicapai.

2. CREAM CHEESE


untuk cream cheese pulak i gunakan australian cream cheese. ada banyak jenis cream cheese. so you boleh pilih which one you nak. cream cheese yang i choose ni 250gm.

3. SUSU PEKAT


susu pulak i pilih susu krimer biasa saja.

4.SUSU SEGAR


susu segar ni gunakan sikit je untuk rendamkan biskut yang i beli tadi. you boleh pilih mana2 jenama susu pun. dutch lady ke. sebab i memang minum HL so i pilih HL. hehe

5. NESTUM


nestum pun gunakan sikit je untuk topping ending nanti.

STEP 1


okay for the first step. i gunakan mixer masukkan semua cream cheese and separuh tin susu pekat tadi.

STEP 2


i rendamkan biskut kedalam susu HL tadi. tak perlu rendam biskut tu sampai lembik sangat. asalkan boleh rapuhkan ujung biskut tu sikit pun dah okay.

STEP 3


i susunkan satu persatu biskut yang i rendam tadi. akibat loyang tu kecik sangat biskut pulak besaq baq hang. i pun patah-patahkan lah sebab nak penuhkan loyang tu kan. so nampak lah comot sikit. alahai. haha

STEP 4


okay after that. i lapiskan mix cream cheese + susu pekat tadi tu. so ulang-ulang step 3 and step 4. sampai penuh loyang tu.

 LAST STEP


lastly ! okay i taburkan nestum tadi atas permukaan cheesecake i tadi. andddd siap! da bole masukkan dalam fridge. esok pagi dah bole makan ! nyummeh ! =D

 so easy right? my first try DONE ! how bout you guys??
btw selamat mencuba ! =D

02 March 2015

come back.

Assalammualaikum wbt.

Ehem ehem.

hai. Okay tetiba macam nak campak balik first time blogging around 4yr ago. That time kepoh betul. hari-hari mengadap lappy tak boleh lekang terus. Tiap minggu tukar background template. Pantang nampak yang cute sikit. Ah mula nak tukar. Bila stalk blog orang lain, nampak dorang punya lagi vogue. Ah mula copy. download widget entah pape tu. Konon nak nampak lagi hot then ramai la followers datang menyinggah. konon.

Segala isi hati suka duka gembira frust nonggeng pun dok cerita kat blog. Ah itu student life. Takde benda lagi best nak diceritakan selain mengepoh dekat blog sendiri. Ibarat macam kau cakap dengan dinding bertubi-tubi, tapi haram nak ada respond Nya. Kalau kau buat salah pun but still kau tegakkan yang kau tu betul, takda sapa pun nak reject. Kau nak mengharap dinding tu angguk apa kau kata kah? Memang tak lerr. that time timbul la fenomena blogger yang kononnya orang macam kami ni adalah orang yang aneh dan mysterious. Konon.

Tengah kau dok rajin menaip meluahkan segala isi hati. Frust nonggeng hari-hari. Betapa laranya hidup kau. That time muncul la mamat mysterious yang rajin jugak membaca semua entry lara kau tu. ibarat putera raja terjumpa kasut kaca cinderella dan akhirnya jatuh cinta. Mamat angau pun dok rajin betul membaca hari-hari macam dah takde kerja. Ah macam jenis lagi la blogger jatuh cinta sesama blogger. Okay Itu cinta blogger.

Belum lagi bab blogger yang meluahkan caci makian bertubi-tubi pada musuh ketat berkurun tu. Hampir gila baca entry dok mencaci musuh ketatnya. tiap minggu tuka keyboard lappy baru. Mana taknya kalau dah menaip sambil menghentak keyboard tu. Ketakk ketakk ketakkk ! bersungguh-sungguh ni meluahkan rasa marah gila teruk la. Yang membaca ni pun boleh jadi takut nak teruskan baca. ada saja benda tak kena. tak rasa muak kau update entry pasal musuh kau selalu? orang biasa nya kalau dah benci sangat, jangan kata sebut nak bercerita pun memang tak lerr. *kasi bakar sikit. Okay, itu kaki maki punya blogger.

Belum lagi masuk bab yang gila dok rajin mengopy apa benda je yang kau dok mengarut kat blog kau tu. Kau update buat assignment sambil teguk air kacip fatimah, cicah kopok lekor ganu terbaik pun dia dok mengopy. Aku pun masih tak faham. Taktau nak klasifikasikan orang macam tu dalam kategori apa. peminat abadi? atau dia sebenarnya takda idea lain, otak dia terlalu sesak dengan benda lain. Then apa motif kau bikin blog? Memang untuk mengopy entry orang lain je ke wei?? Itu dia stalker berani mati. Konon.

Kalau nak cerita pasal asam garam blogger, haih tak tercerita rasanya. But mostly apa yang aku cerita ni kisah benar okay. dah lama aku tak keluarkan idea sebernas ni. puihh sikit. Sejak sibuk Bekerja, jauh beza betul dengan life student dulu. Aku pun tadi try ler stalk memberz- memberz blogger sesama naik turun dulu. punya lah excited nak jenguk apa life dorang sekarang. tengah dok stalk dari sorang ke sorang, jeles pulak aku bila tengok dorang ni. Memasing mampu maintainkan kecomelan muka mereka. Ya comel sebab itu gamba zaman 2@3 tahun lepas. Berkurun dah wei ! Kalau aku boleh masuk dalam blog korang tu, confirm aku bersin tak berhenti. Habuk merata bersawang bersemut dah! Hei guyz, come lah. Aku dah buat come back blogging. Korang bila lagi ? *senyum senget. Kbye :-*

kifarah.

AssalammualaikuM wbt.

I just wanna say hye~ hye readers. Hye stalkers. Hye bloggers. And hye everyone! Benci mana pun kita pada seseorang tu, meluat macam mana pun. At least tak rugi if kita say hye to them. why not aight? Just say hye, no prob kot. My mom always said to me biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Zaman sekarang ni, senang cerita allah bayar cash. Cer try men'dajal your frens, tak esok lusa lagi cepat 5 minutes kejap ja da dapat kifarah. So beware, what you give you'll get back.

Tak lama mana bro. So jangan lah nak riak meninggi sangat. Jangan itu jangan ini. Kalau boleh elakkan. Jauhkan. Buang jejauh segala niat jahat tu. Pokok pangkalnya hati. fikir dalam-dalam before you wanna do something. Kalau rasa apa yang nak dibuat tu bagi kesan buruk pada diri sendiri and especially terkena tempias pada orang lain pulak yang takda kena mengena dalam drama you bro, better stop it lah. In future we dont know. bumi ni bulat, dunia ni kecik.

Its just remind for myself and all of you :-*

29 January 2015

merepek kejap boleh? :'D

assalammualaikum wbt.

i miss my blog so badly! lama betul tak update. sory sayang, kakak awak ni busy sangat. aha. my blog is my bestfriend. tempat meluahkan segala rasa. rasa marah, rasa suka, rasa geram and segala bagai rasa lagi. and i share everything here just for my loyalt readers. eh ade ke loyalt readers? aha. buat-buat lah ade eak :'D

cepat masa berlalu. banyak perkara yang terlepas. banyak benda yang hendak dikongsi tapi macamnya dah terlambat sangat. aha. kalau dulu kehulur kehilir dengan lappy. tak boleh tinggal seminit pun. hari-hari blogging. sekarang bila ada kemudahan, 24hr pegang hp pun macamnya tak sempat saje nak blogging. ah alasan! aha

eh betul. kakak awak ni memang busy sangat. sekarang pun tengah busy betul. curi-curi saje ni update. betul, tak tipu! :'D okay i got to go! nanti kakak update lagi. tunggu malam sikit. idea belum datang. #muahciked :-*

Ramadhan.

ramadhan tiba, ramadhan tiba. marhaban ya ramadhan marhaban ya ramadhan =D 1st Ramadhan. seghonok nya bila ramadhan tiba. ya, aku still m...