15 June 2015

talkactive nya awak? :')

well, you know? sometime penat nak melayan dengan certain person yang agak kepochi ni. maybe dah takde keje sangat nak buat, sampai terlalu baik hati dan dengan rela hati malah beriya-iya nak tolong jaga tepi kain aku ni, tepi kain kau pun dah koyak rabak dah cik kak oii. pi lah jahit sana :')

jenis aku memang malas nak melayan geng kepochi macam cik kak tu. takkan aku nak letakkan diri aku dalam golongan macam dia. habis jatuh la standard aku nanti. geng kepochi low class macam dia memang layak letak atas lantai buat alas kaki je. heh.

kelakar bila fikir balik. bukan jenis aku la nak ambil tahu hal orang. lantak situ. tapi pelik kadang dengan orang dalam golongan macam tu. ah bukan pelik. benda tu dah jadi normal dah. people nowadays kadang lebih ambil berat tentang hal orang lain dari luar sampai dalam kain daripada nak ambil berat tentang hal diri dia sendiri. kelakar kan?

makin aku senyap, makin menjadi kau melalak update status kau ye? aku perhatikan je :) kalau berani face to face la. tapi tulah masalahnya. setakat tahu short name aku je, nama penuh aku pun cik kak tu taktau. macam mana boleh cakap tahu tentang hal aku pulak? kau kenal aku sangat ke cik kak oii?

masalah yang kau kecohkan sangat tu soal aku dengan 'dia' tau. yang takde kena mengena langsung dengan life kau. aku yang break off, kau yang panas? eh apehal? #jarangkakakmarahtauawak

nah, hasil kebiadapan awak cik kak. telahpun saya blocking semua social network yang link dengan cik kak. puas hati. if still jugak nak ambil tahu tentang aku? nah, baca sini. baca sepuasnya ya? :p

04 June 2015

will you marry me?

kahwin?

kawan-kawan semua dah kahwin. ada yang dah bertunang. malah ada yang nak masuk anak ke-2. aku? apa ada? anak tekak ada lah. haha. biarlah. mungkin jodoh mereka sudah sampai. alhamdulillah. aku hanya mampu mendoakan dari jauh untuk kebahagiaan mereka. amin ya rabb :')

abang and kakak pun sibuk jugak tanya. 'eh dik, kau bila nak kahwin? nak jadi andartu?' dorang memang tak penat tanya soalan yang sama tiap kali berkumpul time raya. makcik dan pakcik sedara mara jangan ditanya. soalan sama jugak depa shoot aku. macam machine gun. 'eh rileks la. muda lagi ni.' sambil ketawa hambar. jangan expect jawapan aku bertukar tiap kali ditanya. jangan harap! memang itu jawapannya tiap tahun.

people nowadays makin advanced. perempuan and lelaki sama-sama berebut nak duduk tempat pertama. nak show off konon kerjaya siapa paling hebat. eh ni bukan soal sapa paling hebat. dengan ekonomi sekarang ni. issue GST yang belum habis-habis lagi. duit keluar macam air paip. seram pun ada bila dengar.

aku? sometime nervous bila memikirkan soal kahwin. im not ready yett actually. issue poligami lagi la. lagi seram mak dengar nokk. aku masih rasa semuanya belum mencukupi. bukan tak bersyukur dengan rezeki tuhan. sometime teringin nak ada asset sendiri. yang terhasil dari titik peluh sendiri. dengan usaha sedaya upaya sendiri. semuanya aku nak lakukan sendiri. pengalaman mengajar kita untuk jadi lebih dewasa :')

kerjaya? sampai bila nak berada di takuk lama? sampai bila nak jadi kuli? teringin jugak nak jadi boss. amboihh tinggi angan-angan. haha. takpe dik. angan-angan jadi impian, impian jadi cita-cita. ye dak? selama masih muda ni, biarlah aku kumpul pengalaman kerja ni selagi mampu. still banyak lagi benda kena belajar. biar susah sekarang then senang kemudian. biar tak di bodoh-bodoh kan orang kelak. mana tahu satu hari nanti impian jadi kenyataan. who knows? right? amin ya rabb !

teringin nak beli rumah sendiri. deco sendiri. that time takde sapa nak marah. aku nak cat rumah colour apa. deco macam mana. lanskap macam mana punya style pun takdak sapa nak complain dah. amboih berangan. hehe. in sha allah. semoga segala usaha dan doa dimakbulkan tuhan.

perempuan selalu fikir jauh. bukan apa, biar fikir buruk and prepared first. at least no matter what pun kita dah ready. dah sedia nak hadap risiko tu semua. biar kita usaha nak kumpul asset sendiri. takde lah orang nak mengungkit. takde dah orang nak merendahkan kita.

mentality people nowadays lebih pandang harta benda and rupa. tak semua la, i mean certain. sometime  rasa diri ni kerdil sangat. takpelah, belum rezeki. in sha allah. kena kerja kuat sikit. focus pada kerja. cuba capai apa yang diimpikan. amin ya rabb.

soal kahwin, 3@4 tahun lagi aku bagi kad kahwin ey? dengan siapa? tunggu lah jodoh tuhan bagi nanti. suprised ! :')



03 June 2015

bukan perempuan baik-baik.

hidup kadang complicated. kadang aku pun rasa diri aku complicated. eh tak, kawan baik kata aku tak complicated cuma predictable katanya. hidup pun kadang predictable jugak. susah nak diramalkan kadang.

banyak yang susah sebenarnya dalam hidup aku. banyak nak mampos. benda yang orang fikir cuma ada dalam drama-drama bangang di kaca tv. tapi kena kuat. kuat sehabis mungkin. sampai tinggal titisan keringat terakhir pun aku masih perlu berjuang untuk bernafas. berjuang untuk hadap setiap kesusahan aku.

orang kata ukur baju dibadan sendiri. aku sendiri yang nak pakai? kenapa perlu ukur dibadan orang? biar renyuk teruk, biar fesyen tu tidak lagi diguna pakai. berabad zaman punya baju. ukurlah, pakailah di badan sendiri. baru aku tahu erti menghargai.

aku jenis bukan yang punya ramai kawan. boleh dikira pakai 10 jari runcing ni. bukan memilih. entah. kadang orang salah tafsir. jenis aku kalau rasa kau nak kawan, terima buruk baik aku. bukan hati tisu nak aku jaga hati kau sebaik mungkin. habis hati aku? walau kadang keras aku macam batu. tapi still bole tolerate. walau aku kadang jenis tak kisah, terima apa saja tapi tak bermakna aku bodoh. lebih kepada menjaga relation.

aku pernah dilabel bukan perempuan baik-baik. aku tak pernah kisah apa mereka kata malah tak pernah tanya kenapa. ah manusia. tak pernah puas hati dengan orang sekeliling dia. masing-masing bersaing siapa lebih baik. aku tak pernah minta orang pandang aku perempuan yang baik-baik.

biarkan mereka berebutkan label itu. kalau semua mahu jadi perempuan baik-baik, siapa mahu jadi perempuan yang bukan baik-baik? aku lah !

hidup cuma ada dua pilihan. dipilih atau memilih. dipilih itu takdir. dah memang ditakdirkan jalan hidup kau. redha dan menerima. memilih itu keputusan apa yang kau mahu dalam hidup. dan lihat di penghujungnya. apa yang kau pilih itu baik atau teruk.

kau dan siapa saja punya hak. hak untuk menilai baik buruk aku. perempuan yang baik kah? perempuan yang jahatkah? terpulang. tapi sebelum kau teruskan menilai diri aku, ambil cermin lihat muka kau dalam-dalam. sampai ke hujung lubang pori. baikkah kau? atau burukkah? atau lebih teruk?

baik buruk aku hanya aku dan mereka yang sentiasa bersama melihat jatuh bangun aku sahaja yang tahu.

counting days :)

38 weeks. ibu and papa nervous and cant wait to see you soon. welcome bebiboy. we waiting for you. hope everything gonna be okay and ...