19 February 2016

DIY or WEDDING PLANNER ?

bismillahirahmanirahim..

so which one ? for me depends on budget. as long that thing worth it just go on. kata orang berbelanja tu berpada-pada. tapi kalau membazir sangat pun tak bagus. takot tak boleh nak handle nanti. so so jela ey. dengan zaman kejatuhan ekonomi ni lagi. banyak yang kne terpaksa 'cut cost'.

BUDGET
zaharin pakar bab budget. so i just follow but at the same time kami share idea how to make that idea more better. kami duduk semeja and discuss about all the budget and compare dengan saving yang kami saving every month. what we need for our wedding? dont waste the money. life sekarang even 10sen pun bernilai bro. listing and total the budget. kalau boleh save budget, just save. memang lah married just once but takkan nak waste our money for a day. after married nanti our journey still far kot.

PLACE
memandangkan kampung kami dekat. 15 minit je dah sampai. so i decided buat majlis dekat kampung. atleast tak perlu nak sewa dewan + catering . semuanya gotong royong rewang bersama dengan jiran-jiran kampung. sambil boleh mengeratkan lagi silaturahim. duduk bersimpuh dekat tikar sambil merewang dengan sanak-saudara and the whole family. seronok kan? in fact team papa yang masak masa majlis nanti. boleh request banyak lauk nanti. hehe

PELAMIN
rata-rata yang kami survey paling murah pun rm1500. tu pun banyak jugak yang kurang. then tetap nak kena sewa barangan tambahan. so zaharin suggest why not kita diy our pelamin nanti. sure superb. ha yela, zaharin bab deco memang power. alang-alamg diy pelamin nanti, diy lah sekali makan damai and hiasan bilik ! hehe.

DOORGIFT
banyak pilihan actually. kena pilih yang betul-betul berbaloi. kami pun tengah survey lagi. sekarang trend orang bagi yassin dengan tasbih, lagi berkat rumah tangga katanya. betul la tu. orang kata dekat ayer hitam murah-murah. inshaallah sampai lah sana nanti. huhu.

CAMERAMAN
setelah habis majlis sehari, tiada apa lagi yang ditinggalkan melainkan gambar sebagai kenangan. so pilih lah photographer yang terbaik. alhamdulillah, nasib officemate memang photographer. dia punya gambar memang superb ! boleh usha dekat fb 'noah photographer' . dapat custom album, 2 frame gambar, complete package ( nikah, sanding, outdoor).

so, this is example budget for our wedding.

jamuan makan - RM7k
kompang / p.a system / - RM1k
khemah / doorgift for guest - RM1k
pelamin - RM1k
doorgift for friends - RM500
cameraman - RM1500

total = RM12k

*lap peluh dekat dahi. pfft.

so kami pilih diy for our wedding ! why? sebab bila kita diy, its more appreciate. at the same time boleh share lagi apa yang suka and apa yang tak between kita and pasangan kita. so atleast dapat la spent time before big day after busy ngadap kerja even dating pun tak sempat kan. huhu. tak salah pun nak pilih wedding planner kalau you mampu. kadang kita busy kerja tak sempat nak fikir itu ini, so jalan penyelesaianya hire je wedding planner. habis cerita. but if you want to feel more appreciate, try lah diy. after married nanti boleh tunjuk dekat anak cucu. hasil tangan kita sendiri. huhu.





ni salah satu hasil. diy our kad kahwin ! tak payah buat mahal-mahal nok. orang baca sekali lepastu campak ke tong sampah. so, buat apa yang termampu okay? :)

doa yang baik-baik. inshaallah, 6 months to go. nanti update lagi ya? hee.

peach ! :)

bismillahirahmanirahim..

last week ada sale dekat jakel bandar baru uda, belakang angsana tu. mama pun sibuk nak pergi jakel cari langsir katanya. so at the same time boleh survey kain untuk baju for our big day nanti. mama kata kain pasang untuk pengantin murah. sale teruk. hahaha.

colour theme untuk nikah nanti zaharin yang decided to choose nak colour apa, and time sanding nanti my turn pulak decide nak colour apa. so he choose peach colour. idk why dia suka betul colour peach tu. sampaikan dinding bilik pun nak colour peach jugak ! macam gegirl tau. heh.

as usual, jakel crowded betul. then kami naik second floor. memang ramai bride to be tengah sibuk pilih kain, also me. finally i found what he want ! kain satin + kain lace colour peach then cari kain satin for men pulak nak matching kan colour. berpeluh jugak mencari. at last jumpa juga. 

setteld satu bab. nasib my future mom in law memang pakar menjahit. so mak offer diri nak jahitkan baju nikah kami nanti. tinggal bagi design saja. thankyou mak :)

alhamdulillah. 

 budak kepoh. sibuk nak tengok apa yang mama dia bawak balik dari jakel. hehe.

merajuk lah tengok-tengok je bukan baju dia ! haha nanti kita beli lagi ey sayang?



so thats it ! 

kain satin perempuan + kain lace = 4 meter
kain satin lelaki = 6 meter
free samping

total = rm129 sahaja!
 worth it baby !

17 February 2016

perempuan yang tough !

Love your job :)

Masa sekolah dulu. Ada banyak cita-cita. Sampai confused gila. Taktahu nak pilih apa. Rasa macam cita-cita tu semudah makan kacang. Ibarat macam if hari ni aku tak boleh jadi guru, its okay esok aku boleh jadi polis. Ya, rata-rata Cuma tahu pekerjaan guru, polis, nurse, doctor ja time sekola dulu.  

tapi bila dah dapat result spm, baru kita nak fikir course apa kita nak ambil bila nak future study. That time baru kita tahu banyak rupanya bidang kerjaya yang boleh kita ceburi. Asalkan ada minat. Semuanya menjadi. I feel lost gila. Serabut , tertekan semua ada. Pernah gagal. Tapi gagah cuba usaha. Sampai lah mama tanya apa yang aku minat and apa yang aku suka buat. 

Aku suka tengok view yang cantik. Natural view. Pokok-pokok , bunga yang colourfull, rumput yang hijau, tanah yang subur. Subhanallah, indah betul ciptaan tuhan! So from there i decided to take landscape construction course. 

Masa study dulu, i learn alot about landscape.  But atleast tahu macam mana nak tanam pokok, guna baja jenis apa, jenis penyakit tumbuhan, serangga. A lot ! Step by step study disusuli dengan praktikal. Pernah join lect pergi buat kerja luar. Korek longkang, tanam rumput dalam hujan, bersihkan jalan tar highway. Adventure betul ! Dapat upah rm50 seorang lagi tau. Best nya experience macam tu!

Bila dah bermula alam pekerjaan, i dont think the salary at the time, but i think the experience. dont mind a small salary, provided a lot of experience. Even ada certificate, tak malu pun kerja depan public. pakai safety boot, pakai vest, pegang gunting bunga, gembur tanah, pegang cangkul, siram pokok. Muka hitam betul. Bila weekends balik ruma, mama bising anak dara dia kerja macam jantan. Rasa lengan macam ada muscle. Hahaha!

Ingat lagi masa kerja kat tapak projek legoland dulu. Tanah merah, penuh foreigner workers, majority lelaki, ada juga perempuan yang kerja kat tapak projek tu. aku la tu! Haha. Kerja dekat tapak projek taman istana pun sama juga, aku seorang sajala perempuan. Ya, aku kerja bukan ikut kawan. Ikut kemahuan sendiri. Nak cari pengalaman bukan senang. 

Aku seorang perempuan yang bekerja dalam bidang majority lelaki dan perempuan yang kerja site macam ni boleh kira guna jari, bukan senang orang nak letak kepercayaan pada kita untuk arahkan satu-satu kerja tu. alhamdulillah, aku mampu!

Step by step. Alhamdulillah, atas kepercayaan yang diberikan. Ada jawatan yang kecil. Kecil saja jawatan tu bagi orang tapi pengalaman tu besar bagi aku. Berjaya? Masih belum. Masih banyak lagi pengalaman yang perlu digali. Masih banyak lagi liku-liku yang perlu dihadap. Masih belum layak berdiri sebaris dengan orang-orang yang berjaya. 

Kerja lah apa pun but you must hardworking. Orang ramai sedang berlumba-lumba menggali pengalaman. Jangan malu bermula dari bawah. Inshaallah, usaha yang ikhlas allah kurniakan gaji yang berkat seterusnya kejayaan yang menanti. Amin ya rabb!



15 February 2016

DIY hantaran

bismillahirahmanirahim.

a few months to go for our big day. so pejam celik cepat je masa berlalu sekarang. so i decided to diy our tray hantaran. so saved budget la sikit memandangkan dengan keadaan ekonomi sekarang ni, GST nya lagi. matilanakk. kalau ikut adat tray pihak perempuan kena lebih dari tray pihak lelaki, but for me its nonsense. depends la nak tray hantaran berapa sekalipun, tiada dalam al-quran mengatakan bilangan tray nak bagi apa semua tu. so aku dengan zaharin pun decided nak bagi 5 x 5 tray hantaran saja. fair & square. act benda ni ikut kemampuan kita sendiri. so, no need to take serious sangat dengan adat. perkara yang wajib tu harus kita dahulukan. 

seronok bila kita diy tray ni. atleast boleh simpan untuk kenangan or recycle balik if ada saudara-mara yang nak gunakan tray tu. dari kita waste our money untuk sewa tray sendiri untuk majlis sehari. biar keluar duit dan tenaga sedikit but atleast it worth it. firstly, we double confirm our theme for that tray hantaran. i like black and white and he like peach and red colour. after that we find that design on google and we make it. thats it ! 



polysterin - rm3 x 10pcs = rm30
ribbon big size (white) - rm2 x 2pcs = rm4
ribbon big size (black) - rm2 x 2pcs = rm4
ribbon small size (white) - rm0.90 x 2pcs = rm1.80
ribbon small size (black) - rm0.90 x 2pcs = rm1.80
wrap paper (peach) - rm0.90 (dalam ada 10pcs)
wrap paper (black) - rm0.90 (dalam ada 10pcs)
cake board - rm2.90 x 10pcs = rm29
lili flower - rm11.90
roses flower - rm10
manik - rm2.90 semeter x 14mtr = rm14

















12 February 2016

One more step closer.





Bismillahirahmanirahim. Aku bersyukur dengan nama-MU ya allah. Sesungguhnya engkau yang maha pemurah lagi maha menyayangi. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Thanks to everyone. One more step closer.

Betul, dalam ikatan pertunangan banyak dugaannya. Even before weol decided nak enggaged pun banyak juga dugaan yang terpaksa kami tempuh. Berkali-kali, berminggu-minggu juga terpaksa kami tangguh. And last time a day before enggaged tu abah (ayah zaharin) admitted ward. Kesian abah. Kami redha ja masa tu even abah masa tu mintak teruskan juga majlis without abah, its okay postpone dulu pun takpa. Tunggu abah betul-betul sihat. Kena banyak bersabar, banyak lagi masa. Tak perlu gopoh-gapah. Tunang je pun kan? Apeda hal.

Bila abah dah betul-betul sihat, abah sendiri tetapkan tarikh mintak mak (mak zaharin) inform aku. 1st day raya cina? Alamak ai, mama baru planning nak balik perak. Then mama pun discuss dengan mak. Mama kata, takpa benda baik jangan dilengahkan. Balik kampung anytime pun boleh. Amboihh tudiaa. Then mama dengan mak yang discuss bab itu ini. Aku? Just chill and tunggu hulur tangan sarung cincin ja. Hehehe.

Actually, majlis tu nak buat betul-betul simple ja. Only among the famely. Aku pun takda prepared apa-apa. No mini pelamin. No hantaran. No mak andam. No khemah. No catering. Just simple. Sarung cincin sambil disaksikan ahli keluarga yang lain pun thats enough for me. Mama dan papa pun akur. Mereka kata baguslah tak membazir. 

So seperti apa yang dirancangkan. Belah family aku taklah ramai pun. Along and famely. Maksu and famely. My cousin and his famely.  kawan baik papa (wak). Memang dari abang dulu kahwin pun wak yg wakilkan untuk bersuara. And both my bestfriends, wawa dan ecah. Lepas zohor rombongan zaharin pun sampai. Belah zaharin pun cuma dua kereta ja yang datang. His parents, abang and kaklong famely. 

Aku stay ja dalam bilik then suddenly mama inform mak datang bawak 5 tray hantaran. Rasa nak gugur juga jantung. Eh why lari dari plan asal ni?? Cepat-cepat wassap zaharin. Oh yeah, zaharin tak dapat follow cause that time dia kena on call shift petang. Kesian. Hehe. Aku pun konon nak marah lah. Menyinga juga rasa.  Suprised katanya. Mak yang beriya nak prepared semua. Tak sedap katanya kalau datang tangan kosong. Aku pening juga nak berbalas tray dengan apa nanti. Serabut kejap. 

Mereka discuss tak sampai 15 minit pun terus mama mintak aku keluar untuk sarung cincin. After selesai sarung cincin tu, aku bersalam dengan mak. Merungut juga aku kenapa mak susah-susah prepared semua. Mak kata jangan balas apa-apa, sebab itu mak bagi hadiah untuk aku sebagai bakal jadi menantu mak nanti. Cewahh. Lega sikit rasa. Semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah pun. 

Abah dengan papa sibuk berborak tak berhenti. Katanya selalu terserempak tapi tak pernah bertegur, rupa-rupanya bakal besan. Hehe. Habis licin lauk pauk. Papa masak memang sedap. Dah nama pun tukang masak kan? Hehe. Papa masak nasi beriani, ayam masak merah, nasi impit, kuah kacang, rendang daging. Kuih-muih moksu bawak. Sempatlah juga aku buat kek batik dan kuih lengkong malam sebelum majlis. Rasa bahagia dan seronok betul that time. Lega satu bab. 

Berapa modal aku untuk majlis comel kami ni? Tak banyak pun. Dress light brown tu aku beli online 2 minggu before majlis. Boleh survey dekat instagram "lolitahouse" , just rm76 including postage. Aku tak beli dress yang official so habis majlis nanti bole pakai balik pergi majlis kahwin or any event. Shawl keknis tu beli dekat kedai FOB kota tinggi, just rm15. Veil tu pinjam mama punya makeup pun along yang makeup kan, cantik ja dia makeup, berat mata aku pakai bulu mata tu. hehe. Hantaran yang mak hadiahkan tu pun recycle kaklong punya. Modified sikit ja. Huhu tinggal tambah kek, buah-buahan, and gula-gula coklat.

yang penting segalanya sudah selesai. one more step closer. a few months to go. alhamdulillah. amin ya rabb. moga jodoh ini kekal hingga ke syurga.



friends for a lifetime. thankyou honey !


thanks for every single thing mama, mak and kaklong.


_080216_






everyone has the right to feel happy :)

Somebody asked me, how she wants to live happily like me now?

Me happy? Alhamdulillah :)  but before nak mendapatkan kemanisan sekarang banyak kepahitan yang pernah saya alami dulu. Kemanisan sekarang pun masih terselit kepahitan tapi tidak seteruk dulu. Cuma bila people around think that i'm happy with my life, alhamdulillah. Doa yang baik-baik. Jangan sesekali bersangka buruk. Do not to worry, normal laa. Thats life.

Zaman sekolah dulu, semua belajar sendiri. Tak ada abang kakak yang stay satu sekolah, tak ada abang kakak yang boleh backup bila kena buli, bila tak cukup duit nak beli makan kat kantin, tak ada abang kakak yang sama-sama pergi balik sekolah. Tak ada. Semua sendiri. Yang ada cuma kawan-kawan baik yang sentiasa menjadi kawan baik sehingga sekarang, yang ada cuma mama papa. Yang ada cuma diri sendiri. Almaklum, anak bongsu.

Zaman sambung belajar, zaman jatuh bangun. Zaman paling getir dalam hidup bila silap pilih kawan, bila mula lupa tujuan belajar, bila mula alpa, bila terlalu mementingkan kemahuan dari keperluan, bila menipu dah jadi tabiat harian, bila terlalu dengarkan hasutan syaitan, bila sikap ingin mencuba terlalu kuat dalam diri dan akhirnya jatuh tersembam ke bumi.

From there, i got a life experience. Bangun dari kejatuhan. Sedar dari kesilapan. Effort more harder. Set nawaitu dalam hati. Tiada siapa yang akan bantu melainkan diri sendiri. Lebih berhati-hati dalam pilih kawan, orang kata biar kawan tak ramai tapi berkualiti. Lebih tahu how to managed my time. Lebih mementingkan apa yang penting. Alhamdulillah, berjaya!

Zaman bekerja, get stronger physically and mentally. Success doesn't come easily. Semuanya bermula dari bawah. Pegang cangkul, main tanah, tanam pokok, korek longkang, semuanya. Itu pengalaman paling berharga. Alhamdulillah, kalau dulu main tanah sekarang pegang pen tapi itu masih belum dikira berjaya. Masih banyak lagi cabaran hidup yang akan datang.

So, we must learn from that experience. Segala pahit manis masih belum habis. fikirlah yang baik-baik, doa yang baik-baik, jadilah yang baik-baik. Inshaallah! Pandang selalu pada cermin lihat dalam-dalam cacat cela diri kita sendiri. Nobody perfect so dont judge others. Think about ourselves. Kesilapan masih sempat diperbetulkan selagi ada masa. Back to basic, nawaitu hidup.

Thanks to my parents yang sentiasa memaafkan segala kesilapan, memberi peluang untuk melangkah meneruskan cabaran kehidupan dan sentiasa ada saat jatuh bangun jatuh dan bangun lagi.

The end 💐


Ramadhan.

ramadhan tiba, ramadhan tiba. marhaban ya ramadhan marhaban ya ramadhan =D 1st Ramadhan. seghonok nya bila ramadhan tiba. ya, aku still m...