12 February 2016

everyone has the right to feel happy :)

Somebody asked me, how she wants to live happily like me now?

Me happy? Alhamdulillah :)  but before nak mendapatkan kemanisan sekarang banyak kepahitan yang pernah saya alami dulu. Kemanisan sekarang pun masih terselit kepahitan tapi tidak seteruk dulu. Cuma bila people around think that i'm happy with my life, alhamdulillah. Doa yang baik-baik. Jangan sesekali bersangka buruk. Do not to worry, normal laa. Thats life.

Zaman sekolah dulu, semua belajar sendiri. Tak ada abang kakak yang stay satu sekolah, tak ada abang kakak yang boleh backup bila kena buli, bila tak cukup duit nak beli makan kat kantin, tak ada abang kakak yang sama-sama pergi balik sekolah. Tak ada. Semua sendiri. Yang ada cuma kawan-kawan baik yang sentiasa menjadi kawan baik sehingga sekarang, yang ada cuma mama papa. Yang ada cuma diri sendiri. Almaklum, anak bongsu.

Zaman sambung belajar, zaman jatuh bangun. Zaman paling getir dalam hidup bila silap pilih kawan, bila mula lupa tujuan belajar, bila mula alpa, bila terlalu mementingkan kemahuan dari keperluan, bila menipu dah jadi tabiat harian, bila terlalu dengarkan hasutan syaitan, bila sikap ingin mencuba terlalu kuat dalam diri dan akhirnya jatuh tersembam ke bumi.

From there, i got a life experience. Bangun dari kejatuhan. Sedar dari kesilapan. Effort more harder. Set nawaitu dalam hati. Tiada siapa yang akan bantu melainkan diri sendiri. Lebih berhati-hati dalam pilih kawan, orang kata biar kawan tak ramai tapi berkualiti. Lebih tahu how to managed my time. Lebih mementingkan apa yang penting. Alhamdulillah, berjaya!

Zaman bekerja, get stronger physically and mentally. Success doesn't come easily. Semuanya bermula dari bawah. Pegang cangkul, main tanah, tanam pokok, korek longkang, semuanya. Itu pengalaman paling berharga. Alhamdulillah, kalau dulu main tanah sekarang pegang pen tapi itu masih belum dikira berjaya. Masih banyak lagi cabaran hidup yang akan datang.

So, we must learn from that experience. Segala pahit manis masih belum habis. fikirlah yang baik-baik, doa yang baik-baik, jadilah yang baik-baik. Inshaallah! Pandang selalu pada cermin lihat dalam-dalam cacat cela diri kita sendiri. Nobody perfect so dont judge others. Think about ourselves. Kesilapan masih sempat diperbetulkan selagi ada masa. Back to basic, nawaitu hidup.

Thanks to my parents yang sentiasa memaafkan segala kesilapan, memberi peluang untuk melangkah meneruskan cabaran kehidupan dan sentiasa ada saat jatuh bangun jatuh dan bangun lagi.

The end 💐


klinik nor arasiah.

Nervous. Disebabkan confused nak pilih barang baby so nak tak nak kena tahu jugak gender baby, so senang lah after this nak beli barang bab...