17 February 2016

perempuan yang tough !

Love your job :)

Masa sekolah dulu. Ada banyak cita-cita. Sampai confused gila. Taktahu nak pilih apa. Rasa macam cita-cita tu semudah makan kacang. Ibarat macam if hari ni aku tak boleh jadi guru, its okay esok aku boleh jadi polis. Ya, rata-rata Cuma tahu pekerjaan guru, polis, nurse, doctor ja time sekola dulu.  

tapi bila dah dapat result spm, baru kita nak fikir course apa kita nak ambil bila nak future study. That time baru kita tahu banyak rupanya bidang kerjaya yang boleh kita ceburi. Asalkan ada minat. Semuanya menjadi. I feel lost gila. Serabut , tertekan semua ada. Pernah gagal. Tapi gagah cuba usaha. Sampai lah mama tanya apa yang aku minat and apa yang aku suka buat. 

Aku suka tengok view yang cantik. Natural view. Pokok-pokok , bunga yang colourfull, rumput yang hijau, tanah yang subur. Subhanallah, indah betul ciptaan tuhan! So from there i decided to take landscape construction course. 

Masa study dulu, i learn alot about landscape.  But atleast tahu macam mana nak tanam pokok, guna baja jenis apa, jenis penyakit tumbuhan, serangga. A lot ! Step by step study disusuli dengan praktikal. Pernah join lect pergi buat kerja luar. Korek longkang, tanam rumput dalam hujan, bersihkan jalan tar highway. Adventure betul ! Dapat upah rm50 seorang lagi tau. Best nya experience macam tu!

Bila dah bermula alam pekerjaan, i dont think the salary at the time, but i think the experience. dont mind a small salary, provided a lot of experience. Even ada certificate, tak malu pun kerja depan public. pakai safety boot, pakai vest, pegang gunting bunga, gembur tanah, pegang cangkul, siram pokok. Muka hitam betul. Bila weekends balik ruma, mama bising anak dara dia kerja macam jantan. Rasa lengan macam ada muscle. Hahaha!

Ingat lagi masa kerja kat tapak projek legoland dulu. Tanah merah, penuh foreigner workers, majority lelaki, ada juga perempuan yang kerja kat tapak projek tu. aku la tu! Haha. Kerja dekat tapak projek taman istana pun sama juga, aku seorang sajala perempuan. Ya, aku kerja bukan ikut kawan. Ikut kemahuan sendiri. Nak cari pengalaman bukan senang. 

Aku seorang perempuan yang bekerja dalam bidang majority lelaki dan perempuan yang kerja site macam ni boleh kira guna jari, bukan senang orang nak letak kepercayaan pada kita untuk arahkan satu-satu kerja tu. alhamdulillah, aku mampu!

Step by step. Alhamdulillah, atas kepercayaan yang diberikan. Ada jawatan yang kecil. Kecil saja jawatan tu bagi orang tapi pengalaman tu besar bagi aku. Berjaya? Masih belum. Masih banyak lagi pengalaman yang perlu digali. Masih banyak lagi liku-liku yang perlu dihadap. Masih belum layak berdiri sebaris dengan orang-orang yang berjaya. 

Kerja lah apa pun but you must hardworking. Orang ramai sedang berlumba-lumba menggali pengalaman. Jangan malu bermula dari bawah. Inshaallah, usaha yang ikhlas allah kurniakan gaji yang berkat seterusnya kejayaan yang menanti. Amin ya rabb!



Ramadhan.

ramadhan tiba, ramadhan tiba. marhaban ya ramadhan marhaban ya ramadhan =D 1st Ramadhan. seghonok nya bila ramadhan tiba. ya, aku still m...