14 May 2016

The story begin :)

Assalammualaikum wbt.

lama betul tak update new entry. Tadi tetiba en.tunang saja la throwback 1st time we meet. Memang gelak tak ingat dunia la. its so funny when we remind back. Every single moment that we had together. Masam manis pahit maung. How we can meet? Nah story begin..

After i broke up with my bestfriend. Yess, choosed a bestfriend as a boyfriend was the wrong decision gaiss. Its like a nightmare for me. Felt like i want to get away from this world. Far away from others. Even terpaksa stay any others planet pun aku sanggup. Nasib aku jenis yang cepat move on but ambil masa jugak la. Rasa macam serik gila nak bercinta bagai ni and yess aku dah separuh gila. After this malas dah nak kenal siapa pun. Fikir gitu.

A few months berlalu begitu saja. I tried to logged in my fb, after a long time not to logged in. Scroll punya scroll terperasan satu budak nih berlalu kat my notification on my fb. Ramainya mutual friends budak sekolah aku. Gatal tangan stalk la kejap. His birthday tahun 1990. Nah, my senior ghupenya ! Even aku tak pernah pun tengok muka mamat ni kat sekolah dulu. Almaklum that time budak sains geng dengan budak sains je. Kah! Add lah, buat tambah-tambah friendlist. Aku pun memang jarang add org kalau tak betul-betul kenal. Tapi aku tak kenal pun mamat ni. Ah yang penting satu sekolah!

Lepas aku tekan je button add. I got the messenger! Lol. Normally in fb jarang-jarang lah org nk say thanks after kite add atau kite yang di add. Ajet-ajet market lah orang kata. He said 'hye' . Nah, i replied. He asked me "awak kita kenal ke?" . Lol ! Ofcoz lah not ! Aku add just because ramai mutual friends sampai 500. In fact, kau tu senior aku even kita tak kenal each other okay. Desus dalam hati.
Aku pun bajet la jual mahal. Perempuan gaiss ! Saja lah test market sikit.

Aku punya jual mahal sampai tahap tokey kilang jepun pun bole bankrup tau. But mamat ni memang tak gave up langsung. Workhard beb!  Sampailah he asked me ada vacancy tak dekat my company cause company dia terpaksa tutup. Nah kesian kot, orang nak cari rezeki. Aku suruh dia hantar resume by email je. Dia pulak takdak email. Hampeh! Then mamat ni mintak wasap number. Aku bagi pun sebab senang nk tanya details dia, kebetulan company ada nak pakai technician. Even he tried hantar text everyday, caring la konon. Nah aku replied benda yang penting je pasal kerja la. Yang lain memang malas lah nak layan. Lelaki beb. Mula-mula je beriya lepastu huh! Dah masak sampai hangus lah wei perangai lelaki ni !

Sambung cerita, dia datang jb sentral nak pass resume. No no no ! Ni bukan 1st date okay. Just 1st time we meet nak pass resume SAHAJA. Tapi..All of sudden, terkejut beruk aku bila tengok dia datang dengan pak tam! Okay pak tam tu kawan dari sekolah tadika lagi sampailah ke sekolah menengah. Pak tam pun terkejut monyet la tengok aku. Borak lak kami And biarkan mamat ni pulak pening macam mana aku boleh kenal housemate dia. Allahu, Keciknya dunia! Hahaha. Malam tu sepanjang malam berwasap sampai ke subuh. Bercerita perihal sekolah dulu-dulu. Entah kenapa tetiba selesa nak berborak dengan dia. Okay nama mamat ni "ayin" :)

Kami terus berborak dari soal kerja, sekolah and diri masing-masing. Kami semakin selesa bercerita perihal masing-masing. Tak sangka selama ni kampung aku 15 minit je dari kampung dia. Ishh kebetulan sungguh! Nak dijadikan cerita, aku dapat kad jemputan kahwin dari kawan di tempat kerja, aizi. Aizi imigresen kat ciq. Selalu jugak lah brtegur bila terserempak dekat cafe. Disebabkan belah perempuan hari tu tak dapat pergi, aku pun decided pergi belah lelaki. Bila tengok alamat, lol! Satu kampung dengan ayin??! Then aku try lah tanya dengan ayin. Alamat rumah aizi. Nah kebetulan lagi ! Aizi tu jiran ayin. Sederet and Selang 3@4 rumah je dari rumah ayin. Hahahahh! Ayin pelawa aku pergi sama sebab dia pun dijemput. Tak cakap banyak, aku okay je follow dia. Lagipun lama dah tak balik kampung.

Keesokan tu, kami gerak bersama. Dalam kereta berborak lah kami ketawa sampai nak keluaq anak tekak ni ha. Singgah kejap di kota tinggi, ayin ajak aku pergi kedai kek. Pilihkan kek untuk mak dia. Aku sangka kami terus pergi ke majlis, ghupenya tidak!!!!! Ayin singgah rumah mak abah dulu. Katanya alang-alang balik kampung. Nervous gila kot 1st time jumpa mak abah ayin. Lagi nervous bila ayin kenalkan aku sebagai girlfriend depan mak abah. Terkedu lah aku sepanjang masa. Mak abah ayin sporting, berborak lah kami. Aku pulak jenis banyak cakap bila dengan orang tua. Tanya itu ini. Makin rancak lah siap celebrate birthday mak dia lagi.

Cerita tak habis disitu saja. Sampai ke majlis aizi. Semua orang pandang aku semacam je. Aku pakai tudung terbalik ke? Ceh, ghupenye Ayin ni memang agak femes kot kampung tu. semua makcik-makcik kat situ panggil dia adik. Mesra betul.  Tengah aku dok makan sebelah ayin, datanglah makcik-makcik ni duduk sebelah kanan kiri depan kami. Tanyakan ayin siapa aku. Ayin? Huh selamba lah dia cakap bakal orang rumah. Tercekik jangan cakap lah, bekali jugak lah teguk air.

Habis majlis singgah di pantai tanjung leman. Almost 5 years tak jejak kaki kat pasir pantai ni. Masih indah cantik aman macam zaman kecik-kecik dulu. Entah kenapa aku begitu selesa berborak dengan ayin. No awkward more! Sepanjang jalan balik. Berdoa lah aku dalam hati ni panjangkanlah lagi masa. Rasa macam belum puas nak berborak lagi. Angau betul! Kah! Masa digunakan sebaik mungkin. Setiap saat memang tak henti kami berborak. Jantung ni berdegup jelah dari siang tadi.

Sesampainya dirumah. Tak sampai 5 minit masuk rumah ayin hantar 1 text. Katanya hatinya telah terpaut! Cewahhh! Dia tanya aku sudi tak aku jadi isteri untuk sepanjang hidupnya. ISTERI ! Ayin tak kisah kalau aku nak kutok dia gelojoh sebab ayin tahu peluang hanya datang sekali, lebih rela malu di reject daripada melepas aku buta-buta ja. Meleleh airmata baca text dia yang panjang betul tu! Without wasted my time, i said yess! Entah kenapa aku tak fikir panjang dah untuk terima lelaki dalam hidup aku. Mungkin sebab niat dia pertama kali jumpa aku untuk jadikan isteri bukan sebagai sebagai teman bersilih ganti.Alhamdulillah! 13 june 2014, a day before puasa.

Since that day tak pernah sehari yang aku rasa kosong bila dengan dia. Susah senang bersama. Sampailah dia diterima bekerja di jb sentral. Alhamdulillah! Semakin dekat even dia shift hour, but everyday kami tetap berjumpa, aku masakkan bekal untuk ayin hari-hari. Saved budget sebab lagi banyak yang kami perlu saving after this.

8 feb 2015, after saving dah ada half dalam bank. Kami bertunang. 9 bulan bercinta, terasa pengenalan yang terlalu singkat. Dalam proses bertunang, dugaan tu jgn ckp lah. Allahu! Nasib lah ayin lebih penyabar dari aku, aku pun belajar jadi penyabar dari ayin. Hahahahhh! Pejam celik pejam celik. Our big day semakin hampir. A few months to go. 9 bulan bercinta, 9 bulan bertunang.

Alhamdulillah. Amin ya rabb. Allahu, bersyukur ke hadrat illahi atas segala kurniaan-Mu ya allah :)

klinik nor arasiah.

Nervous. Disebabkan confused nak pilih barang baby so nak tak nak kena tahu jugak gender baby, so senang lah after this nak beli barang bab...