22 September 2016

Best tak kahwin??


Berdebar hati bila tok kadi sebut "aku nikahkan dikau muhammad zaharin bin mohd zaini dengan siti khatijah binti buang dengan mas kahwin sebanyak rm100 tunai''. lagi bagai nak pecah jantung berdegup bila suami dengan sekali lafaz sebut ''aku terima nikah siti khatijah binti buang dengan mas kahwin rm100 tunai. SAH!!!

Alhamdulillah....

Bila sesi lafaz taklik bermula, menitik air mata banjir sedu sedan sayu je lafaz. sekelip mata, bagaikan mimpi sudah jadi isteri orang. kini beralih lah tanggungjawab sebagai seorang isteri. terima kasih ya allah, kau permudahkan segala apa yang dirancang dan berjalan lancar.

Suasana sayu bertukar gelak ketawa, suami bersyukur akhirnya bini gonjol ni sah menjadi isterinya. hahaha. rock tetap rock kapak beb laki bini. haihh. susah nak pulih kalau dua-dua memang kepala gonjol kaki redah. dari orang asing bagai alien di sekolah, sehingga menjadi sahabat untuk 3 hari, bertukar menjadi boyfriend girlfriend untuk 9 bulan, dan seterusnya menjadi tunangan untuk 9 bulan lagi dan akhirnya sah menjadi suami isteri untuk selamanya hingga ke jannah, inshaallah, amin ya rabb !

Best tak kahwin? gila tak best?! BESTTTTTTT WEIIII ! its time to collect pahala! bila dah sah, kau senyum dekat laki kau bila bangun pagi dengan muka busuk, tahi gigi melekat berkarat kat gigi, sengih sampai pipi pun dapat pahala, apetah lagi kau pakaikan butang baju melayu laki kau bila dia sibuk tanya ''butang baju abg mana jahh??'' kau ghase?? heaven nokk.

Bermula lah hidup suami isteri. susah senang bersama, pahit getir jangan dijaja cerita, sentiasa tabah hadapi semua, apa yang penting kerjasama! yang kurang ditambah, yang teruk diperbaiki, yang buruk dicantikkan, yang jahil saling pelajari. hidup asam garam rumah tangga, sama-sama pertahankan hingga hujung nyawa.

Tanggungjawab semakin berat. suami isteri perlu kuat angkat. supaya jatuh terduduk masih kuat berdiri tegap. suami perlu kerja lebih keras, demi keselesaan bersama. isteri perlu niat ikhlaskan diri saling membantu agar berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bak pepatah melayu. 

Ya allah, berkatilah hubungan yang halal ini. panjangkan jodoh hingga ke syurga. murahkan rezeki dengan usaha yang diberkati. permudahkan segala urusan. kuatkan semangat dan hati agar terus menjadi suami isteri yang soleh solehah, agar menjadi suami isteri yang penyabar menghalau godaan syaitan nirojim. Inshaallah, amin ya rabb!

#Pakmaonmakminahbigday
#090916
#jajayinkahwinhoii





lovely bridesmaid !

ni bridesmaid last minute hakak. heww. raya haritu memasing sibuk plan nak pakai theme apa. hakak busy buat preparation sampai lupa nak decide theme apa. sampai ler malamnya nak nikah, depa mai ruma ingatkan hakak pasal theme baju. astaghfirullah ! hakak lupa betul ! depa pun gigih pi cari baju petang tu juga, sempat lagi katanya sementara majlis esok. hala halaahhh.. terharu betul hakak! bersungguh depa nak jadi peneman hakak sepanjang majlis esoknya. depa lah teman sepermainan dari hakak kecik. sama-sama main belon acah, lubang tikus, main beskal, main rondes, main kereta control, main sembunyi2, main masak-masak, jiran depan kiri kanan rumah tu. hamekk berkat, tak lama lagi turn sab pula ! heww. lebiyuu sayang sayangku!








20 September 2016

Pak Maon & Mak Minah Outdoor.


photo by noah photography. #recommended





















Pak Maon & Mak Minah Reception #100916
























Pak Maon & Mak Minah Solemnization




alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi diatas kurniaan yang berharga ini. dengan sekali lafaz kami sah menjadi suami isteri pada 9 september 2016 di teratak ayahanda bonda. thankyou all ! diatas penat lelah kita bersama menjayakan majlis yang berbahagia ini. auwmm. heheee.







klinik nor arasiah.

Nervous. Disebabkan confused nak pilih barang baby so nak tak nak kena tahu jugak gender baby, so senang lah after this nak beli barang bab...