01 June 2017

Ramadhan.

ramadhan tiba, ramadhan tiba. marhaban ya ramadhan marhaban ya ramadhan =D

1st Ramadhan.
seghonok nya bila ramadhan tiba. ya, aku still melepek terbaring terbongkang sebab morning sickness sayang sangat kat aku sampai tanak keluar dari badan ni. matilanakk. kononnya puasa pertama dapat lah puasa. bangun sahur bukan main semangat. tak sampai bape minit lepas imsak, keluar segala benda yang telan masa sahur tu. mama nasihat puasa tak wajib bagi ibu mengandung atau menyusukan anak. so, kiranya ku dikecualikan lah. yahuuu ! jangan yahuu sangat, nanti kena ganti sebulan ! hew.

7 Ramadhan.
alhamdulillah. aku semakin pulih. muntah tak sekerap dulu. kadang tak muntah langsung sehari tu, cuma rasa mual je, tu normal la kan. sentiasa rasa lapar. so kena kerap makan tapi dalam portion yang sedikit. buat ada-ada jela. husband belikan itu ini nak bagi aku selera makan. apa yang aku ngidam semua dia tunaikan. ibu mertua and mama aku sendiri masakkan itu ini supaya baby tak ngencis bila keluar nanti. huhu.

Baju Ghaye Please!
alhamdulillah, dah sihat sikit ni. dah boleh menapak ke office, dah boleh merayap sana sini, barulah semangat nak cari baju raya! haha. husband pulak sebok beli barang baby. awal lagi sayang oi. excited beno.

3 Month.
so hari ni genaplah usia kandungan 3 bulan. next week appoinment buat buku merah kat klinik kesihatan. so nanti aku update macam mana nak buat buku merah tu okay? okay, nak survey baju ghaye lagi ni. bye! =D

morning sikcness.

condition getting worse and worse and worse....

Fell Bad.
for this time memang tak boleh nak buat apa lagi dah. terbaring dan redha dengan diri sendiri. 1st and 2nd time preegy dulu tu aku tak alami apa-apa morning sickness pun. malah tak berhenti makan itu ini. memang tak boleh langsung tak makan egg tart. hari-hari aku makan tu. sehari aku boleh makan sampai 6-10 biji egg tart. ha dasyat tak? husband yang mabuk teruk sampai nak ke bilik air pun bole mengesot sebab tak larat sangat. 

My Turn.
Now its my turn pulak hadap macam mana rasa mabuk tu. seriously, rasa macam dah takde nyawa wei. aku berkurung dalam rumah. sebutir nasi pun tak boleh telan. baring tidur then bangun just untuk lari ke sinki muntah jela. segala bau masakan lagi aku benci gila. rasa macam nak tutup idung ni terus. aku telan ape pun semuanya keluar balik. MC jela memanjang. nasib bos and officemate semua understanding gila. 

Sakit.
muka aku pucat lesi macam takde darah. nak keluar ke mana pun standby beg plastik kt dalam beg. minyak angin, minyak kapak, minyak yuyi cap limau, segala minyak lah memang sentiasa kat tangan. husband selalu usap perut tiap kali aku menangis tak dapat nak tidur malam sambil bisik kat perut..

'' Adik..duduk dalam perut ibu diam-diam. kesian ibu sakit''

then barulah aku boleh lelap. sepanjang morning sikcnes tu aku tak mampu buat ape pun. untungnya dapat husband yang ringan tangan. memasak, basuh baju, sidai baju, kemas rumah. from A to Z semua husband yang buat. bila aku tak dapat tidur malam, husband pun berjaga jugak. usaha kan itu ini supaya aku selesa dapat tidur. 

Thankyou Husband.
terharu sangat bila tengok effort husband. alhamdulillah. terima kasih ya allah. kau berikan zuriat pada kami, kau kurniakan husband yang terbaik buatku. sesungguhnya aku wanita yang paling bahagia dengan segala takdir yang telah allah swt susunkan. 


''Abi, terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik. iloveyou!''

alhamdulillah.

alhamdulillah syukur kehadrat illahi. rezeki allah yang tak disangka. terima kasih ya allah.

1 may 2017 
seghonok betul bila dapat cuti balik kampung tapi yang tak best nya sepanjang cuti tu aku cujma terbaring melepek je dalam bilik. sebab badan weak gila. makan sikit muntah nya ya rabbi, rasa macam dah hujung nyawa. cuba gagahkan jugak badan ni tapi hampeh. kepala aku berpusing mengalahkan roller coaster. rasa macam nak hantuk kepala kat dinding ataupun ketuk batu bata kat kepala bertubi-tubi tanpa henti. seriously, memang rasa macam nak menangis je sebab rasa diri ni dah tak normal.

8:30 pm 
malam tu we decided nak balik rumah. so sepanjang jalan dari kampung ke rumah rasa macam dari terengganu nak ke jb. allahu. lambat lagi ke sampai? nyawa dah tinggal 10% je lagi ni. husband ajak pergi klinik, checkup. aku pun follow jela sebab aku pun dah tak boleh tahan dah rasanya. so sampai je dekat klinik rosiyati tu, aku pun menapak la masuk. mujur takde pesakit lain. rezeki aku agaknya, takdelah tunggu lama sangat. 

Klinik Rosiyati
aku and husband memang tak expect ape pun, kami memang confident gila yang aku ni dah terkena poison food. takut nak mengharap lagi after 2 times keguguran tu kami memang redha jela dengan apa pun rezeki yang allah nak bagi. so sedapkan hati tanak letak harapan terlalu tinggi takut kecewa nanti. tiba turn aku masuk jumpa doctor. husband tunggu kat luar, katanya nak smoke sepam dua. 

Dr : okay apa masalah sakit awak?
Aku : saya keracunan makanan ni dr.
Dr : macam mana awak tahu boleh keracunan makanan?
Aku : saya pening muntah-muntah dah 2 minggu straight dah ni. lepas saya makan laksa hari tu.
Dr : sapa yang jadi Dr ni, saya ke awak?
Aku : Dr la Dr. hehe
Dr : okay awak dah kahwin?
Aku : dah Dr.
Dr : okay kita buat ujian Upt dulu. 

15 Minit berlalu
after aku bagi urine tu kat doctor. doctor senyum sambil tunjuk result upt positive 2 line tu. betul ke ni????? then doctor tanya aku bila last datang period then doctor informed usia kandungan aku dah 2 bulan. aku still dengan muka blur and terkejut lagi. lepas keluar bilik rawatan tu. ambil ubat then keluar klinik. aku terus bagi sign jari kat perut sambil lips sync kat husband dari jauh. 

'' ADA BABY DALAM PERUT NI!''

husband pun macam tak percaya plus excited gila. terus pegi farmasi beli upt lagi sebab tak puas hati nak tengok sendiri. sampai je kat rumah, aku terus try buat upt. keluar bilik air sambil lari-lari anak sebab tak sabar nak tunjuk kat husband result upt tu.

''ABI, KITA ADA BABY!''
''ALHAMDULILLAH!!!''

allahu. sesungguhnya kau yang maha pemurah lagi maha penyayang ya allah. terima kasih kurniakan kami rezeki yang tak ternilai harganya. membesar dengan sihat ya sayang :') papa and ibu love you much !

17 February 2017

balik kampung lagi pleaseeeeeeee !


tak puasnya balik kampung dua hari ni :( just so lucky lah sekampung dgn shuben. so tak payahlah nak rushing2 kan. 10 minit je dah sampai ruma mama papa dari ruma mak abah. but still tak puas! :'(
next week please balik kampung lagi ! 

Ramadhan.

ramadhan tiba, ramadhan tiba. marhaban ya ramadhan marhaban ya ramadhan =D 1st Ramadhan. seghonok nya bila ramadhan tiba. ya, aku still m...