01 June 2017

alhamdulillah.

alhamdulillah syukur kehadrat illahi. rezeki allah yang tak disangka. terima kasih ya allah.

1 may 2017 
seghonok betul bila dapat cuti balik kampung tapi yang tak best nya sepanjang cuti tu aku cujma terbaring melepek je dalam bilik. sebab badan weak gila. makan sikit muntah nya ya rabbi, rasa macam dah hujung nyawa. cuba gagahkan jugak badan ni tapi hampeh. kepala aku berpusing mengalahkan roller coaster. rasa macam nak hantuk kepala kat dinding ataupun ketuk batu bata kat kepala bertubi-tubi tanpa henti. seriously, memang rasa macam nak menangis je sebab rasa diri ni dah tak normal.

8:30 pm 
malam tu we decided nak balik rumah. so sepanjang jalan dari kampung ke rumah rasa macam dari terengganu nak ke jb. allahu. lambat lagi ke sampai? nyawa dah tinggal 10% je lagi ni. husband ajak pergi klinik, checkup. aku pun follow jela sebab aku pun dah tak boleh tahan dah rasanya. so sampai je dekat klinik rosiyati tu, aku pun menapak la masuk. mujur takde pesakit lain. rezeki aku agaknya, takdelah tunggu lama sangat. 

Klinik Rosiyati
aku and husband memang tak expect ape pun, kami memang confident gila yang aku ni dah terkena poison food. takut nak mengharap lagi after 2 times keguguran tu kami memang redha jela dengan apa pun rezeki yang allah nak bagi. so sedapkan hati tanak letak harapan terlalu tinggi takut kecewa nanti. tiba turn aku masuk jumpa doctor. husband tunggu kat luar, katanya nak smoke sepam dua. 

Dr : okay apa masalah sakit awak?
Aku : saya keracunan makanan ni dr.
Dr : macam mana awak tahu boleh keracunan makanan?
Aku : saya pening muntah-muntah dah 2 minggu straight dah ni. lepas saya makan laksa hari tu.
Dr : sapa yang jadi Dr ni, saya ke awak?
Aku : Dr la Dr. hehe
Dr : okay awak dah kahwin?
Aku : dah Dr.
Dr : okay kita buat ujian Upt dulu. 

15 Minit berlalu
after aku bagi urine tu kat doctor. doctor senyum sambil tunjuk result upt positive 2 line tu. betul ke ni????? then doctor tanya aku bila last datang period then doctor informed usia kandungan aku dah 2 bulan. aku still dengan muka blur and terkejut lagi. lepas keluar bilik rawatan tu. ambil ubat then keluar klinik. aku terus bagi sign jari kat perut sambil lips sync kat husband dari jauh. 

'' ADA BABY DALAM PERUT NI!''

husband pun macam tak percaya plus excited gila. terus pegi farmasi beli upt lagi sebab tak puas hati nak tengok sendiri. sampai je kat rumah, aku terus try buat upt. keluar bilik air sambil lari-lari anak sebab tak sabar nak tunjuk kat husband result upt tu.

''ABI, KITA ADA BABY!''
''ALHAMDULILLAH!!!''

allahu. sesungguhnya kau yang maha pemurah lagi maha penyayang ya allah. terima kasih kurniakan kami rezeki yang tak ternilai harganya. membesar dengan sihat ya sayang :') papa and ibu love you much !

Ramadhan.

ramadhan tiba, ramadhan tiba. marhaban ya ramadhan marhaban ya ramadhan =D 1st Ramadhan. seghonok nya bila ramadhan tiba. ya, aku still m...